Sukatan Pelajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemudahan Fasiliti.
|
Nur As Solehah EnterpriseNur As Solehah Enterprise ialah satu Jabatan Khas yang ditugaskan untuk memasarkan produk-produk keluaran Maahad As-Solehah bagi membantu menambahkan dana pengurusan Maahad As-Solehah. Nur As Solehah Enterprise beroperasi di Kuala Kangkong, Alor Star, Kedah iaitu lokasi Maahad As-Solehah didirikan. Nur As Solehah Enterprise bertanggungjawab untuk memasarkan produk-produk keluaran MATIS ke seluruh Malaysia. Antara produk keluaran MATIS ialah Kopi Hijau, Kopi Madu, Susu Kambing, Kismis, Thibbun Nabawi, Minyak Kelapa Dara, Minyak Dhob, dan Pencuci Pakaian.
|
Pejabat PentadbiranTempat pengurusan yang berkaitan pelan kewangan, pembayaran bil dan rekod pengurusan, perancangan serta pengagihan tugas guru dan logistik fizikal dalam Maahad As-Solehah.
|
Kelas PengajianMaahad As-Solehah mempunyai bangunan tiga tingkat yang berfungsi sebagai pusat kegiatan pelajar tahfiz. Ia dilengkapi dengan dengan ruang kelas serta dewan yang digunakan semasa proses pembelajaran dan sebarang aktiviti sekolah yang dijalankan.
|
KantinRuang makan untuk para pelajar yang mana makanan akan disediakan oleh pihak maahad kepada para pelajar sebanyak tiga kali sehari sepanjang tempoh pembelajaran mereka di Maahad As-Solehah.
|
AsramaBangunan tempat tinggal untuk para pelajar yang hampir dengan kelas pengajian. Dilengkapi dengan kemudahan yang sepatutnya dan mempunyai ruangan mencuci pakaian.
|